murah

Bercuti Dengan Gaya Hipster

Sunday, June 04, 2017


Assalamualaikum dan salam sejahtera readers ~ entry kali ni aku nak share pasal percutian ala-ala hipster sikit .. ala, kan sekarang dah trending style macam ni .. so, here we go ! Bajet tak besar tapi nak pergi bercuti? Surat cuti dah lulus tapi hanya singkat saja? Hmm, macam mana nak enjoy puas-puas kalau hanya dapat cuti 3 hari saja? Eh, pasti ada caranya kan. Trip kali ni aku nak ajak korang bercuti ke Ipoh pula. Yeah! Ipoh mali. Ipoh mali. Hihi. Jadi, bagi korang yang sedang mencari tempat penginapan yang boleh dijadikan memori terindah walau hanya untuk sebuah percutian yang singkat saja, aku suggest korang try stay and book M Boutique Hotel at Ipoh. Seriously, hotel ni memang owesome! Bagi peminat hipster pasti akan lebih teruja kalau dapat stay dekat sini dan harganya juga sangat berpatutan. Aku yakin, korang yang tak berapa gemar dengan gaya hipster tu pasti akan terjatuh cinta juga bila tengok decoration dalam hotel ni.
Image source: Food For Thought

First time sampai di sini, dari jauh lagi aku dah nampak tempat penginapan ni memang tersergam indah dengan hiasan pintu-pintu kayu yang memenuhi dinding luarnya. Ia kelihatan sangat elegent dan selesa. Rasa macam ada dekat dalam satu dunia yang lain saja. Walaupun nampak macam scary tapi ianya sangat unik dengan tema hiasannya adalah berlainan di setiap bilik dan tingkat bangunan hotel. Baru saja jejak kan kaki di lobby, dah terasa macam sedang melangkahkan kaki di butik East India pula. Fuhh, sangat mengasyikkan dengan suasana yang cozy. Staff-staff mereka juga sangat peramah dan ringan tulang dalam memberikan setiap bantuan kepada pengunjung.
Image source: Food For Thought

Tambah lagi, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di dalam bilik seperti TV, aircond, hair dryer, mini bar, mesin expresso maker dan banyak lagi. Secara keseluruhannya terdapat 3 bahagian besar pada bilik ni iaitu ruang tidur, ruang sofa dan bilik mandi. 
Image source: HotelsCombined

Setiap ruang mempunyai elemen sentuhan tersendiri dan korang akan rasa macam sedang berada di dalam rumah idaman. Memang awesome! Aksesori sekitar katil seperti lampu tidur, alarm clock, almari depan katil dan TV membuatkan aku rasa sangat selesa. 
Image source: Food For Thought

Manakala di ruang sofa pula, sentuhan dekorasinya yang ala-ala Britain membuatkan aku rasa macam nak bersantai dan minum petang selalu kat situ. Sangat mendamaikan. Apa yang paling menarik adalah bilik mandinya mempunyai ruang yang sangat luas dan cantik. Siap ada 2 singki lagi kat dalam bilik mandi. 
Image source: HotelsCombined

Bolehlah gosok gigi bersama-sama yang tersayang. Hihi.
Disebabkan cuti pun singkat, pilihan untuk bermalam di M Boutique Hotel Ipoh sememangnya satu pilihan yang bijak kerana kedudukannya juga sangat strategik di mana ianya terletak berdekatan dengan tempat-tempat yang menarik di Ipoh seperti Seni Mural. Kata orang, kalau dah sampai Ipoh tidak sahlah jika kita tidak megambil peluang untuk melakukan ‘Heritage tour’. Seni Mural Ipoh ni kelihatan sangat menyerlah dan menjadi tumpuan orang ramai kerana ia menonjol berlatarbelakangkan bangunan-bangunan zaman kolonial. 
Image source: Projek Travel

Jika korang kaki selfie ataupun pencinta seni fotografi, jangan lupa untuk menyaksikan dengan mata kepala korang sendiri 8 karya Ernest Zacharevic sambil merakam detik terindah untuk dijadikan kenangan.
Selain itu, korang juga boleh berkunjung ke Concubine Lane yang terletak tidak jauh dari tempat penginapan yang mana hanya kurang dari 1 kilometer saja dah sampai. So, kalau korang nak jalan kaki pun boleh, jangan risau laa tak sempat pun ketiak nak basah. 
Image source: Always Travelicious

Lorong ni dulu dikenali sebagai ‘The Mistresses Lane’ dan mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Di sepanjang laluan ini, terdapat pelbagai aktiviti perniagaan yang mana mereka masih mengekalkan sebahagian besar dari ciri binaan asal bangunan kat sini. Terdapat juga pelbagai tarikan lain seperti kenderaan yang sering digunakan oleh peniaga makanan di tepian jalan. Sangat klasik dan unik. Kadang-kadang rasa macam berada di zaman dulu kala je. Hihi.
Dari penginapan yang awesome ni juga korang boleh lakukan aktiviti membesarkan perut ataupun jalan-jalan cari makan. Hee. Antara tempat makan yang best ialah Restoran 21 Grilled yang menghidangkan makanan ala-ala western yang unik untuk dicuba. 
Image source: Tempat pelancongan

Korang nak tahu apa yang menjadi tarikan restoran ni? Katanya, burger bakar yang disediakan di sini adalah yang terbesar di Ipoh. Memang rare. Dan lebih menarik, segala resepi daging yang disajikan adalah hasil buatan pemilik kedai sendiri. Selain tu, korang juga boleh try makan di kedai Mee Udang & Ketam Sempoiii Diraja yang mana semua seefood mereka adalah sangat fresh. 
Image source: Findbulous Travel

Kepada peminat mee udang, pastikan korang tak terlepas untuk mencuba di sini ya. Aku rasa, cukuplah setakat ni saja. Secara keseluruhannya aku sangat berpuas hati penginapan disini kerana ianya sangat cantik dan selesa. Okay guys, jangan lupa tips yang aku share ya kalau datang bercuti ke sini.