Pakej Umrah dan Percutian murah di Glocal Travel & Tours | Umrah & Hajj Specialist

Tuesday, May 02, 2017




Pada 30 April 2017(Ahad) berlansungnya Majlis Perasmian Pembukaan Cawangan Baru Glocal Travel & Tours - Umrah & Hajj Specialist bertempat di Blok K, Royal Plaza Putatan (berhampiran dengan Restoran Nasi Kukus).

Majlis dirasmikan oleh YB DSP Hj Yahya Bin Hussin, Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah. Turut bersama-sama adalah Ust. Hj. Lamsin Bin Hj. Anggali, selaku Duta & Ketua Mutawwif Glocal Travel & Ust. Dr. Mohd. Sukki Othman selaku Penasihat Syariah Glocal Travel. Tidak lupa juga kehadiran Pengarah Urusan Glocal Travel & Tours, Encik Mohd Idzham Mohd Isa.




YB DSP Hj Yahya Bin Hussin merasmikan pembukaan pejabat baru Glocal Travel Sabah.



Terdapat pelbagai tawaran istimewa yang diberikan oleh pihak Glocal Travel & Tours kepada pengunjung yang hadir semasa majlis perasmian pembukaan pejabat baru. Antara tawaran istimewa kepada pengunjung yang bertuah adalah ;
  1. Pakej diskaun 50%.
  2. Diskaun  RM100 bagi setiap pengunjung yang mendaftar untuk pakej-pakej umrah 2017.
  3. .....dan beberapa hadiah kejutan daripada pihak Glocal sendiri.

sesi pendaftaran pengunjung yang hadir

barisan pengunjung yang bertuah

salah seorang blogger yang terpilih sebagai pengunjung bertuah. (tahniah kak eca)

Tidak lupa juga penyerahan sumbangan kepada pelajar-pelajar Tahfiz dan Anak Yatim dan cenderamata kepada masjid-masjid di sekitar Putatan.


Pengunjung-pengunjung yang hadir memeriahkan majlis.


Pembukaan pejabat baru Glocal di Sabah merupakan satu berita yang baik khususnya buat rakyat Sabah. Bagi bakal jemaah yang ingin mengerjakan umrah tapi teragak-agak untuk mencari ejen yang sah kerana takut tertipu, anda tidak perlu risau kerana Glocal Travel telah mendapatkan lesen yang sah dari pihak yang bertanggungjawab bagi memastikan bahawa Glocal Travel adalah ejen umrah yang bebas dari skim penipuan. Berita baik untuk kaki travel pula, Glocal Travel juga menawarkan harga pakej percutian dalam dan luar negara yang murah. Berpegangkan slogan "Kami Membantu Menyempurnakan Hajat Anda", Glocal Travel menawarkan harga pakej yang mampu milik dan bimbingan dalam memudahkan perjalanan anda.

Terdapat perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh Glocal Travel seperti Khidmat Badal Haji, Khidmat Umrah Pesakit Dialisis dan Khidmat Umrah Ihsan Istimewa. Menarik bukan ?MUDAHNYA UMRAH BERSAMA GLOCAL TRAVEL ..


Berita baik lagi ! bulan Disember ni Glocal Travel ada menawarkan pakej istimewa serendah RM6590 pergi dan balik(harga Sabah). Bagi mereka yang berada di Semenanjung, sudah semestinya harga lebih murah. Jangan lepaskan peluang ini dan dapatkan segera.



Boleh rujuk laman web di bawah untuk maklumat lebih lanjut.
Facebook : Umrah Bajet Dan Pelancongan Glocal Travel
Website : Glocal Travel & Tours 
Instagram@glocaltravel
atau hubungi Ejen Jualan : Mohd Khairil Azwan Imlan (0109524753)

Jadi jika anda bercadang untuk pergi menunaikah Haji, Umrah dan ingin Travel, eloklah menggunakan perkhidmatan dari Glocal Travel & Tours.








You Might Also Like

6 comments

  1. Ak gi travel pun dah ada kemudahan ni, lbh murah

    ReplyDelete
  2. Lepas ni, lagi mudah orang Sabah nak naik umrah ..
    boleh guna khidmat Glocal kan ...:)
    seronoknya dapat attend event bersama blogger :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya kak .. mudah la lepas ni yg area sabah .. sangat best kak :D dpt pengalaman baru lagi ^_^

      Delete
  3. wahhh dah bertambah pakej umrah yg berkualiti sekarang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah , sekarang semua dah dumudahkan .. hee

      Delete