giveaway

Mystery Giveaway by www.myafarisha.com

Sunday, December 24, 2017

Mystery Giveaway by www.myafarisha.com

Klik banner untuk join
Cara penyertaan:
  • Mesti menetap dalam Malaysia
  • Boleh pilih untuk join di blog atau di instagram atau kedua-duanya. Tapi, Mya akan pilih salah satu kalau nama terpilih untuk dua-dua penyertaan.
  • Untuk penyertaan blog, 
    • Mesti follow blog Mya dan instagram Mya
    • Like page Mya *untuk memudahkan komunikasi*
    • Buat entri dengan tajuk "Mystery Giveaway by www.myafarisha.com".
    • Copy and paste code yang diberikan di bawah ni dan publish.
    • Tinggalkan link entri dalam bahagian komen.
  • Untuk penyertaan instagram, boleh rujuk di post ini.
Hadiah:
  • Mystery box bernilai RM100 untuk setiap pemenang.
Tempoh:
  • Bermula 8 Disember 2017 sehingga 8 Januari 2018




giveaway

YEAR END GIVEAWAY BY HUSNIEYHUSAIN

Sunday, December 24, 2017


Klik banner untuk join

Jom join giveaway yang menarik ni .. hadiah-hadiah yang desediakan pun menarik, untunglah yang bertuah. Giveaway ni berlansung dari 23 Dis 2017 sehingga 05 Jan 2018 Jumaat, 11.59 pm.




follower

Segment: Increase Your Followers by Que

Sunday, December 24, 2017


Klik banner untuk join

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ...
Nak meriahkan lagi follower(s) blog? Jom meriahkan lagi segmen ni 😊

!! Segmen tamat 13/01/2018 !!

blogID=5620733880379290500



personal

Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia

Wednesday, November 29, 2017


Assalamualaikum dan selamat malam. Setelah nat sekian lama menyepi ~ not so long pun and for sure takda yang cari :D .. ke'busy'an as a student melanda saat-saat ini dan blog pun dibiarkan begitu saja .. entry kali ni just share pasal personal though nothing serious, so santai-santai ja gitu .. Thanks to kak sofie sebab adakan ni segmen dan di saat-saat akhir ni la baru nat berkesempatan nak kacau ni blog.  OK !
Nama penuh Nor Natrah Izati disingkatkan jadi Nat. Officially 20's on 10 Oktober 2017 and berasal dari Tawau, Sabah. Currently tengah melanjutkan pengajian di Universiti Malaysia Sabah dan masih single. Full time as a student and part time as blogger and freelance designer.
Jenis yang introvert AT FIRST, but bila dah selesa and kenal lama akan tau la perangai macam mana :D .. not so feminin and tak juga tomboyish .. lebih tertarik kepada gadget compare to that 'make-up' stuff.

Permulaan sebagai Blogger
At first nat just suka baca cerpen kat blog tapi tak ingat sapa punya then ada classmate dulu which is Yaya yang aktif blogging pada masa tu. Dia selalu 'up' kan url blog nya, nampak comel dan best ja design blog tu, start dari tu tertarik dah nak 'sign up' kat blogger ni. Nat bukan jenis yang suka menulis, nak karang ayat yang berbunga-bunga pun tak pandai. Hehe, even nak post 1 entry pun kena ambik masa 1 week untuk buat. Mula ber'blog' masa form 4 and so far ada 3 blog pernah buat tapi blog pertama tu dah delete, 1 tahun ja bertahan. Yang ni blog kedua bertahan sampai sekarang tapi url pernah tukar and blog ketiga just untuk buat preview design blog ja.

Entry blog ni pun banyak pasal join GA, contest, segmen macam ni and etc. kalau tak memang tiada la isi blog ni 😅. Nat more to di sebalik tabir blog ni, suka edit design blog main dengan coding apak tu semua. Lebih-lebih dulu masa zaman yang nda berapa matang, suka design blogskin yang comel-comel tu. Habiskan masa untuk hadap benda tu ja sebab nak update entry tak da idea, tapi gatal jugak mau buka blog 😁.

Memang jenis tak suka nampak and buat ayat-ayat yang panjang ni, melainkan ada cerita la mau up. Suka bermain dengan nombor and coding pelik-pelik tu semua. Tapi not all programming language la 😅. Even study sekarang ambik kursus dalam bidang IT yang hadap banyak coding dan disebalik tabir punya kerja juga tu.

Now dah join komuniti Sabahan Blogger thanks senior-senior blogger sana bagi banyak tunjuk ajar.

Sekian saja sharing untuk post kali ni. Thanks yang sudi baca, jom meriahkan lagi segmen ni ..



Untuk menyertai Segmen ini,


resepi

Resepi: Kerabu Rumpai Laut

Monday, October 16, 2017


Assalamualaikum.. Entry kali ni Nat share resepi Kerabu Rumpai Laut disertakan gambar. Selamat Mencuba 😊


Step #1
Sediakan bahan-bahan seperti berikut:
Rumpai laut yang dipotong lebih kurang panjang 1 inchi
     
Kelapa parut, kunyit, bawang merah, bawang putih, halia, udang kering, cili padi
 Step #2
- Tumbuk kunyit, bawang merah, bawang putih, halia, udang kering dan cili padi bersama.
- Selesai tumbuk, campurkan ke kelapa parut tadi dan tambahkan sedikit garam, gula, serbuk perasa      dan asam jawa.
- Gaul sehingga sebuah bahan bercampur sekata.
Kiri: Sebelum digaul  Kanan: Selepas digaul
 Step #3
Keringkan bahan yang digaul tadi dengan memasukkan dalam kuali tanpa menggunakan minyak dengan menggunakan api yang kecil dan kacau sehinggan kering. 
Hasilnya Serunding Kelapa
 Step #4
Gaulkan serunding kelapa dengan rumpai laut sehingga rata.
Kerabu rumpai laut yang sudah siap.

Kalau tak nak guna serunding kelapa, boleh gantikan dengan mangga dan nenas.
Cincang halus: mangga, nenas, cili, bawang besar, bunga kantan, bawang merah
Gaulkan bersama rumpai laut.
Hasil Kerabu Mangga Nenas Rumpai Laut




BTC

Saturday Night - Food Fiesta & Cultural Night @ Restoran BTC (Inanam Branch), Kota Kinabalu, Sabah

Sunday, September 10, 2017


"GOOD TIME STARTS WITH GREAT FOOD"

ENTERTAINMENT | BUFFET | HALAL MART | "EXPERIENCE YOURSELF" | HANDICRAFT



Assalamualaikum reader(s) ..  pada 09 September 2017 lalu, geng Sabahan Blogger berkesempatan untuk memenuhi undangan dari pihak BTC untuk merasai pengalaman di Food Fiesta & Cultural Night @ Restoran BTC Inanam, Kota Kinabalu, Sabah. Setiap hari Sabtu dari jam 7 Malam - 11 Malam.
Selain dari menjual pelbagai barangan tekstil, BTC juga merupakan salah satu katerer makanan di Sabah. 

Boleh jenguk official website dan laman sosial BTC Group untuk maklumat lebih lanjut kat sini : 
Website : www.btc.com.my
Instagram : Kumpulan_BTC_Berhad



Pelbagai menu yang dihidangkan  pada malam tersebut, mengetengahkan menu India, Melayu, Chinese & Western. Rambang mata Nat melihatnya memilih makanan yang tekak nak western, perut nak tradisional.









 Terdapat maskot dan badut lucu yang menghiburkan untuk memeriahkan suasana majlis, kanak-kanak semestinya teruja dengan penampilan khas tersebut. 


Sambil makan, pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan tarian yang menampilkan tarian dari pelbagai etnik.


Pengunjung juga dijemput untuk menari bersama ^_^

Join ba kalau brani 😏
Tidak lupa juga persembahan busking yang turut menceriakan malam itu.


Menarik bukan ? Jangan tengok sejaa, JOM PIGI !! 😃 sini  @ Bangunan Darul BTC 28, Jalan Burung Keleto, KM 8, Off Jalan Tuaran Bypass, 88450 Inanam, P.O. Box 14180, 88847, Kota Kinabalu, Sabah

follower

Cara Mudah Letak Follower Widget di Blog

Sunday, September 10, 2017


2 cara untuk tambah Follower Widget di blog yang sangat mudah. 😉 Easy step with picture.

Cara #1

 Stats → Overview → Follower's number 

Click "Add the followers gadget
Then save !

Cara #2

Layout → Add a Gadget

More Gadgets

Followers



kisah dunia

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1

Tuesday, September 05, 2017

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1 | Mohd Zaki Yamani Azman 28, atau lebih di kenali dengan pangilan Zaki Bijak. Berasal dari Jerantut Pahang, Zaki di diagnos menghidap kanser darah atau Hodgkin Lymphoma Tahap 3, ekoran bengkak di belakang leher pada Julai 2014. Namun beliau telah berhasrat ingin melengkapkan misi Hitch Hike ke seluruh kepulauan Borneo dengan hanya berbekalkan RM1 yang telah bermula pada 29 Ogos 2017 lalu.

Dengan membawa misi menjelajah #cancerbukantikeruntukmati dan erti kata lain cancer bukan bermakna kematian. Zaki mejelajah dengan hanya menumpang kenderaan orang awam dalam menyampaikan mesej tersebut. Negeri di bawah bayu, Sabah merupakan destinasi pertama beliau.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Gambar Zaki Bijak Ketika ingin bertolak ke Sabah.
Walaupun beliau menghidap kanser tahap ke 3 , namun beliau tak pernah berputus asa dan menganggap bahawa penyakit ini merupakan satu semangat untuk beliau terus berjuang dan mengembara bagi memberitahu kepada semua bahawa #cancerbukantikeruntukmati.

''Program ini diinspirasikan rakan saya dari Finland yang pernah menumpang di rumah saya semasa mengembara. 

''Jadi, untuk program ini saya menyiapkan diri dengan maklumat berkaitan perjalanan, dokumen penting seperti lesen, mykad, wang RM1, sedikit pakaian dan peralatan khemah. 

''Tetapi, saya sangat bersyukur hidup di bumi Malaysia yang tinggi budi pekerti.. Walaupun tidak saling mengenali, saya bukan sahaja dibenarkan menumpang kenderaan, malah diajak bermalam dan diberi makan di rumah mereka sebelum meneruskan perjalanan pada keesokan hari,'' Zaki Bijak.

Menerusi laman Facebook beliau Zaki Bijak kini beliau telah 50% mengeliligi Kepulauan Sabah. Dan bakal menamatkan kembara Borneo Sabah dan masuk kepulauan Sarawak Pula. Sepanjang perjalananan beliau juga, beliau banyak memuji masyarakat Sabah yang sangat prihati dan bantuan dari pelbagai bentuk beliau dapat. Allahamdulilah Orang Sabah Bagus Bah !!!!

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.
Kalau korang nak ikuti kisah beliau yang penuh liku-liku, korang boleh la follow Facebook beliau, setiap detik perjalanan beliau akan kongsikan bersama anda. Yang pastinya kekuatan dan ketabahan beliau sungguh luar biasa bukan seperti pesakit Kanser.

Kalau-kalau nampak beliau jangan segan-segan hulukan bantuan tau.. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari menerima. Bukan wang ringgit yang di pinta namun nilai kemanusia itu lebih bermakna.

Jum kita support Zaki Bijak dalam misi ''CANCER FIGHTER'' Jelajah Borneo Dengan RM1 #cancerbukantikeruntukmati.

Segala pertanyaann atau bantuan yang ingin di salurkan ( mana tahu beliau singgah perkampungan kamu ) boleh la berhubung terus dengan beliau. PM je kat facebook Zaki Bijak.

Kredit : Sabahanblogger.com






giveaway

Giveaway Ogos 2017 by www.aerillhassan.com

Friday, August 11, 2017






Assalamualaikum dan salam sejahtera


Giveaway Ogos 2017 by www.aerillhassan.com bermula pada jam 12.00 malam 10 Ogos 2017 sehingga 11.59 malam 30 Ogos 2017. Menawarkan pelbagai hadiah yang lumayan dan menarik untuk dimenangi oleh para peserta.
Semua blogger dijemput untuk menyertai giveaway ini.

Syarat - syarat :-
  • Follow Blog Sponsor 

  • Like Fanpage 

  • Add To Circle Sponsor 
  • Follow Instagram Sponsor  

  • Follow Twitter Sponsor 
  • Buat entri bertajuk Giveaway Ogos 2017 by www.aerillhassan.com 
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri. 
  • Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI



17 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 
 1 September 2017


Sekian , terima kasih




blogwalking

Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com

Thursday, August 10, 2017




Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com bermula dari saat ini sehingga 11.59 malam 14 Ogos 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. 5 pemenang bertuah dicari dan akan menerima RM10 setiap seorang.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI
  5. Segmen akan tamat pada 11.59 malam 14 Ogos 2017.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 21 Ogos 2017.

** sila klik pada banner untuk join segmen ini.....

giveaway

TENGKUBUTANG 6 MILLION PAGEVIEW GIVEAWAY

Thursday, August 10, 2017

TENGKUBUTANG 6 MILLION PAGEVIEW GIVEAWAY
Giveaway terbuka kepada semua blogger di Malaysia bermula 08 Ogos 2017 sehingga 31 Ogos 2017. Semoga rezeki berpihak kepada kita, GOOD LUCK semua !



rakan blogger

The Blue Sky Tag #2 by Eyqin

Thursday, August 10, 2017

The Blue Sky Tag
Assalamualaikum and Hi ~ I've been tagged by Eyqin to answering her 11 question. Thank you so 
much for the question also the tagging. I've just checked my cbox until the very older message, 
then I found I've got another Blue Sky Tag. Before this I've tagged by Asyikin also. Sorry for the 
late response. Here's the answer for you.

1. If someone insults you, what are you doing?
Basically I do nothing, just give them a very wide smile and cry after that. 😏

2. What kind of people do you like ? 
It doesn't have any kind of specific types or else but as long he/she go well with me, so do I. 

3. do you judge a person just from external ?
At first, YES.

4. What is your greatest strengh or weakness ?
For now, I don't know. Too much, heee 😜

5. If you could be any age for a month , what age would that be ?
12

6. What strange thing have you eaten ? 
Strange? Hmm, so far I've eaten what usually humans eat. But there's one thing I can't eat. Don't know what is it, but once it's in my mouth, I felt chewy, squishy and I threw it. It's Bajau food and until today I still didn't figure what kind food is that. I'm Bajau mix Tidong = BADONG. 😁

7. Do you have anyone you to go for some advice ? 
Of course my family first.

8. How would your friends describe you?
I don't know. I didn't ask my friends, for sure it's all good things and COMPLICATED

9. If you are in a bad mood, do you prefer to be left alone or have someone to cheer you up ?
Both. 

10. What is the craziest thing you’ve ever done and would you do it again?
I'm a normal person, sorry 😇

11. Do you believe in second chances?
Yes, because I learn until countless number. Hehehe 😄



murah

Bercuti Dengan Gaya Hipster

Sunday, June 04, 2017


Assalamualaikum dan salam sejahtera readers ~ entry kali ni aku nak share pasal percutian ala-ala hipster sikit .. ala, kan sekarang dah trending style macam ni .. so, here we go ! Bajet tak besar tapi nak pergi bercuti? Surat cuti dah lulus tapi hanya singkat saja? Hmm, macam mana nak enjoy puas-puas kalau hanya dapat cuti 3 hari saja? Eh, pasti ada caranya kan. Trip kali ni aku nak ajak korang bercuti ke Ipoh pula. Yeah! Ipoh mali. Ipoh mali. Hihi. Jadi, bagi korang yang sedang mencari tempat penginapan yang boleh dijadikan memori terindah walau hanya untuk sebuah percutian yang singkat saja, aku suggest korang try stay and book M Boutique Hotel at Ipoh. Seriously, hotel ni memang owesome! Bagi peminat hipster pasti akan lebih teruja kalau dapat stay dekat sini dan harganya juga sangat berpatutan. Aku yakin, korang yang tak berapa gemar dengan gaya hipster tu pasti akan terjatuh cinta juga bila tengok decoration dalam hotel ni.
Image source: Food For Thought

First time sampai di sini, dari jauh lagi aku dah nampak tempat penginapan ni memang tersergam indah dengan hiasan pintu-pintu kayu yang memenuhi dinding luarnya. Ia kelihatan sangat elegent dan selesa. Rasa macam ada dekat dalam satu dunia yang lain saja. Walaupun nampak macam scary tapi ianya sangat unik dengan tema hiasannya adalah berlainan di setiap bilik dan tingkat bangunan hotel. Baru saja jejak kan kaki di lobby, dah terasa macam sedang melangkahkan kaki di butik East India pula. Fuhh, sangat mengasyikkan dengan suasana yang cozy. Staff-staff mereka juga sangat peramah dan ringan tulang dalam memberikan setiap bantuan kepada pengunjung.
Image source: Food For Thought

Tambah lagi, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di dalam bilik seperti TV, aircond, hair dryer, mini bar, mesin expresso maker dan banyak lagi. Secara keseluruhannya terdapat 3 bahagian besar pada bilik ni iaitu ruang tidur, ruang sofa dan bilik mandi. 
Image source: HotelsCombined

Setiap ruang mempunyai elemen sentuhan tersendiri dan korang akan rasa macam sedang berada di dalam rumah idaman. Memang awesome! Aksesori sekitar katil seperti lampu tidur, alarm clock, almari depan katil dan TV membuatkan aku rasa sangat selesa. 
Image source: Food For Thought

Manakala di ruang sofa pula, sentuhan dekorasinya yang ala-ala Britain membuatkan aku rasa macam nak bersantai dan minum petang selalu kat situ. Sangat mendamaikan. Apa yang paling menarik adalah bilik mandinya mempunyai ruang yang sangat luas dan cantik. Siap ada 2 singki lagi kat dalam bilik mandi. 
Image source: HotelsCombined

Bolehlah gosok gigi bersama-sama yang tersayang. Hihi.
Disebabkan cuti pun singkat, pilihan untuk bermalam di M Boutique Hotel Ipoh sememangnya satu pilihan yang bijak kerana kedudukannya juga sangat strategik di mana ianya terletak berdekatan dengan tempat-tempat yang menarik di Ipoh seperti Seni Mural. Kata orang, kalau dah sampai Ipoh tidak sahlah jika kita tidak megambil peluang untuk melakukan ‘Heritage tour’. Seni Mural Ipoh ni kelihatan sangat menyerlah dan menjadi tumpuan orang ramai kerana ia menonjol berlatarbelakangkan bangunan-bangunan zaman kolonial. 
Image source: Projek Travel

Jika korang kaki selfie ataupun pencinta seni fotografi, jangan lupa untuk menyaksikan dengan mata kepala korang sendiri 8 karya Ernest Zacharevic sambil merakam detik terindah untuk dijadikan kenangan.
Selain itu, korang juga boleh berkunjung ke Concubine Lane yang terletak tidak jauh dari tempat penginapan yang mana hanya kurang dari 1 kilometer saja dah sampai. So, kalau korang nak jalan kaki pun boleh, jangan risau laa tak sempat pun ketiak nak basah. 
Image source: Always Travelicious

Lorong ni dulu dikenali sebagai ‘The Mistresses Lane’ dan mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Di sepanjang laluan ini, terdapat pelbagai aktiviti perniagaan yang mana mereka masih mengekalkan sebahagian besar dari ciri binaan asal bangunan kat sini. Terdapat juga pelbagai tarikan lain seperti kenderaan yang sering digunakan oleh peniaga makanan di tepian jalan. Sangat klasik dan unik. Kadang-kadang rasa macam berada di zaman dulu kala je. Hihi.
Dari penginapan yang awesome ni juga korang boleh lakukan aktiviti membesarkan perut ataupun jalan-jalan cari makan. Hee. Antara tempat makan yang best ialah Restoran 21 Grilled yang menghidangkan makanan ala-ala western yang unik untuk dicuba. 
Image source: Tempat pelancongan

Korang nak tahu apa yang menjadi tarikan restoran ni? Katanya, burger bakar yang disediakan di sini adalah yang terbesar di Ipoh. Memang rare. Dan lebih menarik, segala resepi daging yang disajikan adalah hasil buatan pemilik kedai sendiri. Selain tu, korang juga boleh try makan di kedai Mee Udang & Ketam Sempoiii Diraja yang mana semua seefood mereka adalah sangat fresh. 
Image source: Findbulous Travel

Kepada peminat mee udang, pastikan korang tak terlepas untuk mencuba di sini ya. Aku rasa, cukuplah setakat ni saja. Secara keseluruhannya aku sangat berpuas hati penginapan disini kerana ianya sangat cantik dan selesa. Okay guys, jangan lupa tips yang aku share ya kalau datang bercuti ke sini.