KOLEJ MATRIKULASI LABUAN ~ sesi 2015/2016 ~ 1

Friday, February 12, 2016



Assalamualaikum dan salam sejahtera, sebelum tu tahniah diucapkan kepada adik-adik yang dapat meneruskan pengajian. Ada rezeki tu belajar la baik-baik ya.. Inshaallah kejayaan milik kita   .. 
post kali ni natrah nak share pasal KML ~ for those yang ditawarkan masuk KML tahniah sekali lagi .. wuu mesti excited kan ? *(la sangat..)  sebelum natrah menyambung kat sana , sibuk ni mencari maklumat tentang KML . . tapi tak banyak dapat info . So, terpaksala mengigihkan dan menebalkan muka untuk mencari senior-senior di facebook. Ada yang balas dan ada juga yang "last seen" sak  .. huuu, jadi tempat meluah pula yaa ..

okey la, straight to the point la .. di bawah ni ada sedikit perkongsian sepanjang natrah menjadi student kolej matrikulasi labuan , HARAP dapat membantu ...


- Dokumen dan borang penting yang perlu di bawa :
  • Salinan slip pembayaran yuran pendaftaran BSN
  • Salinan buku akaun bank (muka surat yg tercatat NO. AKAUN SAHAJA)
  • Surat tawaran
  • Borang maklumat pelajar & dokumen perjanjian (dicetak melalui internet)
  • Setem hasil (2 keping)
  • Gambar pasport 

- Pakaian ke kuliah (formal)
  *LELAKI 
  • Kemeja
  • Tali leher
  • Seluar (slack)
  • Tali pinggang
  • Kasut kulit (hitam/dark)
  • Kad matrik
  • Baju melayu lengkap (jumaat)
  *PEREMPUAN
  • Baju kurung
  • Menutup aurat
  • Kemeja berkolar & skirt panjang (non muslim)
  • Kasut kulit (hitam/dark)
  • Bertudung (muslim)
  • Kad matrik

- Keperluan untuk belajar
  • Foolscap paper
  • A4 paper
  • Fail-fail 
  • Buku rujukan
  • Alat tulis

- Keperluan peribadi
  • Pakaian kuliah (min. 5 pasang)
  • Pakaian untuk riadah/di bilik
  • Pakaian sembahyang (muslim)
  • Selimut
  • Sarung bantal & Cadar
  • Bantal lebih (dibekalkan 1 bantal)
  • Kasut kulit
  • Kasut sukan
  • Alatan mandi



setakat ni itu saja yang diingat  . inshaallah kalau ada perkongsian lagi , next entry pulak .. k babhai ! SELAMAT MAJU JAYA ! KAU COOL SYAK 



You Might Also Like

0 comments