Cerpen : KITA by Rohaizatul Husna

Sunday, December 28, 2014






Suasana di Restoran Kayu Manis begitu sibuk dengan kehadiran pelanggan yang tidak habis-habis berkunjung di restoran tersebut.Walaupun restoran itu telah lama ditubuhkan namun hidangan yang disediakan masih tidak dapat dilupakan oleh penduduk Merotai Besar.Di suatu sudut restoran tersebut kelihatan seorang perempuan sedang sibuk dengan telefon bimbitnya.Entah  berapa kali pelayan restoran itu datang untuk mengambil order.Dia melihat ke arah jam yang terdapat di dinding restoran itu dan kemudian seperti mencari kelibat seseorang.Tiba-tiba dia tersenyum apabila dua orang perempuan sedang berjalan menghampirinya.

“Wei! Kau tahu kah sudah jam berapa aku tunggu kamu? Mahu berkulat sudah aku menunggu kamu tahu kah.” Dua orang perempuan itu hanya tersenyum dan terus mengambil tempat duduk di sebelah Aesya.

Sorrylah tadi aku tunggu si Mairah ni.Lambat betul dia siap.”Haiza menunding jari ke arah Umairah.

“Yalah..yalah..lain kali aku tak lambat lagi.Mana yang lain? Belum lagi sampai kah?” Mata Umairah sibuk mencari kelibat rakan-rakan mereka yang lain.

Aesya mengangguk.

“Laa..kalau aku tahu ada yang lebih lambat dari kami dua..lambat-lambat tadi aku datang tau”.Umairah mula merungut.

“Jangan nak mengada-ngada ya…aku cukup malu sudah di sini ni.Entah berapa kali sudah pelayan tu datang mahu ambil order.Aku rasa dah penat dah dia tu.”

“Patutlah mukanya tu macam tak puas hati ja aku tengok.”Haiza ketawa mengejek.

Ana asif…tadi aku pergi Desa Subur jemput Raini..kesian dia tak ada yang mahu jemput dia,bapaknya ke Bandar”.Seorang wanita berjubah hitam duduk di sebelah Haiza.

“Tak apa Qiha…Eh! mana si Raini?” Tanya Haiza.

“Dia tunggu si Izara dengan si Farah di luar.”

“Maaf geng kami lambat..maklumlah tetamu ke hormat kan..hahaha..”. Farah,Izara dan Raini datang menghampiri mereka berempat.

“Tetamu ke hormat konon….nak muntah rasanya aku ni.”Haiza menunjukkan aksi ingin muntah di hadapan Farah.

“Eh! Far..kau tak telefon si Mirna kah..?” Farah hanya menggelang.

“Kenapa kau tak telefon…jadi bolehlah dia join sekali perbincangan kita sempena cuti semester ni.” Aesya menunjukkan muka kesal.

“Aku mana tahu nombor dia..aku ada nombor lama dia ja..ha! macam mana.”

“Sejak dia pindah ke Kolej Vokasional masa tingkatan 4..jarang dia berhubung dengan kita.”Raini menyatakan kesedihannya atas sikap Mirna yang seperti ‘kacang lupakan kulit’ baginya.

“Dah…dah..kita datang sini bukan mahu sedih-sedih..kita datang mahu bincang pasal kerja ok..biarlah dia..kalau dalam hati dia masih ada terukir nama kita semua..dia balik lah tu.” Aesya menenangkan hati kawan-kawannya.

“Ok…cepat pesan aku dah lapar ni.” Haiza memanggil pelayan restoran yang dari tadi hanya memerhati mereka.

“Ha! doktor Haiza nak belanja kita kah?..aku dah tak sabar nak pesan banyak-banyak ni,”gurau Faqiha.

“Err..kamu…

“Betul bah ni…kalau begitu aku mahu pesan nasi goring pataya satu.” Raini menyampuk.

“Wei..aku mana ada duit..aku baru belajar..belum lagi jadi doktor…nanti kalau sudah jadi doktor kamu pesan lah apa-apa aku belanja.”
“Dia dah mula dah..”.

Haiza yang menyedari isyarat dari Aina mula diam.

“Ok aku tak over lagi..aku tak tahu kenapa tak boleh ubah sikap ni..dari tingkatan 4 lagi.”

Aesya hanya menjongketkan bahu.Begitu juga dengan Umairah.Setelah siap memesan semua makanan yang hendak di makan.Mereka mula berbincang mengenai kerja yang akan mereka lakukan sempena cuti semester.

Ana asif…ibu ku tidak benarkan aku kerja..aku sepanjang cuti semester ni tinggal di Balung..maaf sekali lagi.” Aesya mengangguk tanda memahami situasi yang di alami oleh Faqiha.Dia tahu Faqiha sekarang tidak sama dengan Faqiha semasa tingkatan 3…Faqiha sekarang adalah Faqiha yang baru.Faqiha yang sangat alim antara mereka semua.Insya-Allah dia pun ingin menjadi seperti Faqiha dan Raini.Tapi..entahlah bila.

“Aku pun tak boleh lah”.Izara yang dari tadi hanya sibuk bermain dengan telefonnya mula bersuara.

“Laa..yang kau ni dah kenapa..?” Aesya mengerutkan keningnya.

“Kamu tahu kan..kakak aku kan ada kedai kek..jadi….

“Kau kena kerja dengan kakak kau lah ni?” Duga Haiza.

Izara mengangguk.Umairah dan Aesya saling berpandangan dan berbalas senyuman.Senyuman yang hanya mereka berdua ja yang tahu.Mereka berdua ni memang rapat..sejak dari tingkatan 4 lagi.Jadi senanglah nak buat isyarat.

“Raini? Far?...kamu macam mana pulak?” Umairah mengajukan soalan kepada dua orang sahabat yang hanya berdiam diri melihat perbualan mereka.

“Ingatkan kamu lupa yang aku ada di sini.”Farah mula merajuk.

“Alah Far..janganlah merajuk..kalau kau merajuk dah tak comel dah..hihihihi..kalau aku ok ja Mairah..aku ikut kamu”. Raini memujuk Farah sambil memberikan respon kepada pertanyaan Umairah.

“Aku tak boleh..mungkin aku pergi KK tempat kakak ipar ku.”Akhirnya Farah bersuara setelah rajuknya semakin baik.

“Oooooo…ok..nampaknya aku,Raini,Umairah danHaiza ja lah yang kerja di butik tu..baru ja nak ajak kamu semua.” Aesya menunjukkan muka yang hampa.

Setelah pesanan makanan mereka sampai.Semua terdiam membisu kerana menikmati keenakan makanan yang di pesan oleh mereka.Mereka memilih resoran tersebut kerana keenakan masakannya yang tak dapat dilupakan oleh setiap pelanggan yang hadir ke restoran tersebut.Ini lah dia kehebatan Restoran Kayu Manis di Kampung Merotai Besar.

* * * 

Udara pagi yang nyaman dihirup oleh Umairah.Dia mengucapkan syukur kepada Allah kerana masih di berikan kesempatan untuk menghirup udara sesegar pagi itu.Dia mengambil kasut yang berada di atas almari kasut dan terus memakainya.Dia melihat ke arah jam di pergelangan tangannya.Jam menunjukkan pukul 5 pagi.Dengan sedikit aktiviti regangan Umairah memulakan langkah untuk bersenam.Dia nekad untuk menguruskan badannya yang semakin hari semakin bertambah.Apa tidaknya masa di universiti dia hanya tahu makan sahaja tanpa sedikit pun memikirkan pasal dirinya yang semakin berat.

“Umai! Umai!” Umairah menghentikan lariannya dan terus memandang ke belakang untuk mencari empunya suara yang memanggil namanya.Matanya menangkap susuk tubuh yang kini berada tepat di belakangnya.Matanya terpaku.Dia kenal perempuan yang sedang berdiri di hadapannya sekarang ni.

“Umai…Umai..ini aku Erni..kau tak ingatkah?”Perempuan itu melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka Umairah untuk menyedarkannya.

“Mesti…lah..aaa..ku ingat.” Tergagap Umairah menjawab pertanyaan Erni.

“Bila kau datang sini?” Tanya Umairah.

“Baru ja aku datang…masa aku belok ke simpang masuk rumah kau tadi,aku nampak kau tengah berjoging,jadi aku letak kereta aku di tanah lapang tu..dan terus jumpa kau”. Erni memberikan penjelasan kepada Umairah sambil jari telunjuknya menunding ke arah kawasan lapang.

“Kejap..macam mana kau tahu rumah aku di sini?” Umairah bertanya untuk mendapatkan kepastian daripada Erni yang pernah menjadi sahabat baiknya suatu ketika dulu.

“Huh!..nantilah aku cerita..jomlah kita ke rumah mu.” Erni menarik tangan Umairah.

“Eh!..aku nak….

“Alah…jom lah.” Belum sempat Umairah menghabiskan kata-katanya Erni terlebih dahulu menarik tangannya dan terus berlalu.Umairah hanya mampu berdiam.

Erni membukakan pintu keretanya untuk Umairah.Tanpa membuang masa Umairah terus masuk ke dalam perut kereta Erni.Umairah membuang pandangan ke luar seketika dan melihat kelibat Haiza yang sedang berjogging bersama dengan sepupunya.Haiza memberi isyarat tanda bertanya ke mana Umairah ingin pergi.Umairah membalas isyarat dengan jari telunjuknya menghala ke arah simpang rumahnya.Akhirnya Haiza hanya membalas dengan anggukan.

“Kau buat apa tu?” Erni yang hairan melihat tingkah laku Umairah terus bertanya.Gilakah sudah dia ni.

“Ha!..Err…aku tengah guna bahasa isyarat dengan kawan.” Umairah tersengih.

“Oh..Ok..” Erni memandu keretanya masuk ke dalam simpang yang menghala ke rumah Umairah.

So..which one your house?” Erni bertanya sambil matanya mencari rumah Umairah.

“Aik! Cakap kau tahu rumah aku?” Umairah mengerutkan dahinya tanda kehairanan.Dia ni biar betul.

“Ek eleh kau ni..aku tahu kau tinggal di kawasan ni ja..tapi aku tak tahu rumah kau yang mana satu..lain lah kalau kau ja yang tinggal di kawasan perumahan ni..senanglah aku nak cari.”

“Tu..yang ada pagar di hadapan tu.”Umairah memuncungkan mulutnya ke arah sebuah rumah di pinggir tempat mereka berhenti seketika.

“Wow..siap berpagar lagi rumah kau ya..what are wonderful..macam tahu-tahu pula kereta aku..dia terus berhenti di sini.”

“Aku pergi buka pagar dulu.” Umairah segera keluar dari kereta BMW milik Erni dan terus membuka pagar rumahnya.

Umairah memberikan isyarat tangan kepada Erni untuk memasukkan keretanya ke halaman rumah Umairah.Erni terus memakirkan keretanya  di sebelah Myvi kepunyaan Umairah.Sebaik sahaja Erni keluar dari keretanya Puan Masitah terus meluru mendapatkan Erni.

“Umairah! kenapa tak bagi tahu mak yang Erni nak datang.” Puan Masitah membantu Erni menurunkan begnya dari bonet kereta.

“Umai mana tahu mak..tup..tup..dia dah ada depan mata Umai.” Umairah menjawab.

“Eh! Kejap.Kau nak tidur sini kah Erni?” Umairah yang terkejut dengan beg yang dibawa turun oleh mamanya bertanya.

“Yalah aku nak tidur sini.Aku nak habiskan masa cuti aku dengan kawan baik aku..apa salah nya..kan mak cik?” Erni memeluk tubuh Umairah dan membuatkan Umairah merasa lemas.

“Ya..apa salahnya.” Jawab Puan Masitah.

“Ok.” Umairah membantu mengangkat beg kepunyaan Erni.

Erni mengekori Umairah dari belakang menuju ke arah bilik Umairah yang akan dikongsi dengannya.Masuk sahaja dalam bilik Umairah, matanya terus membesar tanda mengagumi hiasan dalaman bilik Umairah.Warna ungu lembut dan dihiasi dengan sedikit corak membuatkan bilik itu menjadi tenang untuk dilihat.Erni mendekati meja belajar milik Umairah.Dia tersenyum apabila melihat gambar Umairah bersama-sama dengan adik-adiknya.’Nice’,detik hatinya.Senyumannya terus hilang apabila melihat sebuah gambar yang tidak menyenangkan hatinya.

“Umai, mereka ni siapa?” Erni menunjukkan gambar tersebut kepada Umairah yang sedang sibuk mengemas biliknya.

“Oh..My bestfriend..GS,” Umairah hanya menghadiahkan sebuah senyuman kepada Erni.

Bestfriend? GS? I don’t understand.” Erni mengaru kepalanya yang tidak gatal.

“Geng Surau..Itulah gelaran untuk kami.Mereka adalah rakan yang terbaik yang pernah aku jumpa sebelum ni”.

Erni mengetap bibir.Geram.Marah.Sakit hati.Perasaannya bercampur baur saat itu.Dia meletakkan kembali gambar itu di atas meja belajar milik Umairah.

“Oh…nice picture.” Puji Erni dalam nada kurang puas hati.

Thanks.” Umairah menghadiahkan sebuah senyuman kepada Erni.

“Umai! Erni! Mari turun.Sarapan pagi dah siap!” Puan Masitah berteriak dari tingkat bawah rumah Umairah.

“Jom.” Umairah mengajak Erni turun ke tingkat bawah rumahnya.Erni tersenyum dan terus berjalan beriringan menuruni tangga ketingkat bawah rumah Umairah.’Umai,aku takkan benarkan sesiapa pun rampas kau dari aku.GS..tunggu dan lihat apa yang aku buat untuk pisahkan korang dari Umairah’,getus hati Erni bersama dengan senyuman jahat.


* * *


“Tak boleh lah Erni,Aku kerja hari ni.Aku tak boleh cuti hari ni”. Umairah sibuk mencari kunci keretanya.

“Alah…kejap ja..please,” rayu Erni.

Sorry..I can’t.” Umairah melangkah turun ke tingkat bawah rumahnya untuk mendapatkan keretanya dan rakan-rakannya yang sedang menunggunya.

Erni melihat Umairah dan rakan-rakannya yang mesra berbual.Sebelum Aesya memasuki perut kereta, dia sempat menghadiahkan senyuman kepada Erni tetapi hanya jelingan yang dibalas oleh Erni.Aesya hanya mengangkat bahunya.Erni mendengus marah apabila kereta Umairah sudah hilang dari pandangannya meninggalkan perkarangan rumah.’Kenapalah cepat sangat kau lupakan kenangan kita bersama Umairah.Dulu aku lah segala-galanya bagi kau.Walaupun masa tu tadika tapi aku dah anggap kau macam adik aku dan kawan baik aku.Aku harus buat sesuatu.Ya! Harus!’,hati Erni mula membisik jahat.

“Siapa tu?” Aesya melihat ke arah Umairah yang sedang sibuk memandu.

“Siapa?Mana?” Umairah berpura-pura tidak mengetahui soalan yang diajukan oleh Aesya.

“Kau ni..kang aku cepuk kang..kau marah aku..tu perempuan di rumah kau tu.”

“Hahaha…aku main-main ja lah..dia tu Erni.” Mata Umairah masih fokus dalam pemanduannya.

“Erni?Siapa?Sepupu kau kah?”  Aesya masih ingin mengetahui mengenai perempuan yang dilihatnya tadi.

“Kawan aku masa tadika.Habis ja dia tadika terus pindah KL..dan sekarang dia balik lagi.”

Aesya hanya mengangguk tanda faham.Selepas itu masing-masing mendiamkan diri sehingga sampai di butik tempat mereka berkerja.

“Pejam celik…pejam celik..dah seminggu kita kerja di sini kan.” Raini mengatur langkah masuk ke dalam butik pengantin.

“Ha’ah…betul tu Raini,”balas Haiza.

“Cubalah kita semua sama-sama kerja di sini kan best,” satu keluhan keluar dari mulut Aesya.

“Iesya…tak payahlah kau nak menyesal…asalkan dorang masih ingat GS..kita dah cukup bersyukur dah.” Umairah menenangkan hati rakan yang agak rapat dengannya berbanding ahli GS yang lain.

“Tu lah..aku pun harap macam tu juga.” Aesya melangkah menuju ke arah sepasang baju pengantin yang menarik perhatiannya dari tadi lagi.

“Eh! Tak pernah aku tengok baju ni..semalam ada kah di sini?” Aesya membelek-belek baju pengantin yang berwarna biru lembut.Amat menyejukkan mata yang memandang.

“Oh…baju tu baru akak keluarkan tadi,” seorang wanita yang agak tua sedikit dari mereka keluar dari dalam pejabat.

“Kak Laila!” Serentak nama itu terbit dari mulut mereka berempat.

“Bukan akak tak kerja kah hari ni?” Umairah mengajukan soalan kepada Kak Laila.

“Tak jadi..tu yang akak bergegas datang sini tu..sekali akak datang.. satu batang hidung kamu pun akak tak nampak tau.” Umairah,Aesya,Haiza dan Raini hanya tersenyum seperti kera sumbang.

“Dah…dah..tak payah nak buat senyum macam tu..pergi sambung kerja kamu.” Laila mengatur langkah masuk kembali ke dalam pejabat setelah mengambil barang yang diperlukannnya.

Mereka berempat mula melakukan tugas yang telah di tetapkan.Masing-masing diam.Fokus pada kerja yang di lakukan.Beberapa minit kemudian Raini bersuara.

“Kenapa kita tak ikut Zara kerja?” Tangannya sibuk menyusun baju pengantin yang baru di keluarkan.

“Kau ni dah gila kah apa! Kan dia dah bagi tahu dengan kita yang tempat kakak dia tu dah penuh orang..kau ni biar betul Raini.” Umairah menyampuk.

“Oh ya bah pula kan…hahaha..Maafkan anaana forget.” Raini menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersenyum malu.

“Masa ni untuk kerja ..bukan main handphone Mairah.” Haiza menegur Umairah yang sedang sibuk melihat mesej yang masuk.Umairah tersengih.

“Ni Erni..dia mesej aku.” Jawab Umairah.

“Kenapa dia mesej?” Aesya mula menyampuk dalam perbualan mereka.

“Dia nak ajak aku lunch.” Selamba Umairah menjawab.

“Oh..jadi kau setuju lah?” Giliran Raini bertanya.

Umairah menggeleng.

“Aku tak nak biarkan kawan-kawan aku makan tanpa aku sebab tu aku tak setuju..lagipun aku rimas lah dengan dia..tak habis-habis nak ikut aku ja..bosan tau.” Satu keluhan meniti di bibir Umairah.

“Kau dengan Erni tu pernah jadi kawan baik erk..?” Haiza mula bertanyakan soalan.

“Ya..tapi masa tadika ja..lepas tu dah tak jadi kawan baik..lepas ja dia pergi KL  kami berdua tak berhubung dah..bila aku buka facebooknya..dia dah ramai kawan baik..jadi aku ambil keputusan tak payah ingat dia balik…sakit tau hati ni.” Khusyuk mereka bertiga mendengar penjelasan yang keluar dari mulut Umairah.

“Jadi..dia datang sini nak berbaik dengan kau balik lah,” Aesya meneka.

“Entah..kalau berbaik sebagai kawan biasa tak rapat aku tak kisah tapi kalau rapat aku tak mahu lah.” Terus terang Umairah menjelaskan tentang perkara tersebut.

Aesya hanya mendiamkan diri.Begitu juga dengan yang lain.Kembali fokus kepada kerja mereka.Takut jika tidak dapat disiapkan.

“Wei kita makan di sana ja lah.” Haiza menghalakan jari telunjuknya ke arah sebuah restoran yang tidak jauh dari tempat mereka berdiri.

“Yalah…panas betul hari ni.” Langkah di atur menuju ke arah restoran itu.

Seorang pelayan restoran datang menghampiri mereka untuk bertanyakan pesanan mereka.Setelah kesemua mereka memesan makanan dan minuman,pelayan tersebut terus jalan.

“Tak sangka betul hari ni panasnya begitu mencengkam.” Aesya mengipas dirinya dengan menggunakan tangannya.Baginya kipas yang dipasang di restoran itu tidak cukup untuk menampung kepanasan yang membelenggu dirinya.

“Eh! Kejap.Aku nak ke tandas lah.Raini temankan aku ke tandas.” Tangan Raini di tarik untuk membawanya ke tandas.

“Hai…Macam kenal je kamu berdua ni.” Haiza dan Aesya memalingkan muka ke arah empunya suara tersebut.

“Hai…kenal kah?” Aesya tersengih.

“Korang berdua ni kawan Umairah kan?” Erni mengajukan soalan kepada Aesya dan Haiza.

Soalan yang diajukan oleh Erni hanya di balas dengan anggukan dari Aesya dan Haiza.

“Korang nak tahu tak..dulu aku lah segala-galanya bagi Umairah..aku dan dia macam adik-beradik..tak macam korang..dia anggap sebagai kawan ja..sampailah korang datang dalam hidup dia..Dia dah tak macam dulu lagi..Dia..

It’s your fault..kau dah tinggalkan dia..Dan sekarang kau nak salahkan kami.” Aesya memotong kata-kata Erni.

“Apa! Biasanya kalau perampas ni..hidup di tak tenang..lama-lama aku akan menang juga..kita tunggu dan lihat saja nanti..ok.” Dengan senyuman yang menjengkelkan Erni berlalu meninggalkan Haiza dan Aesya.

“Kau fikir taka pa yang aku fikir?” Haiza mula bertanya.Dia merasa tidak sedap hati dengan kata-kata yang keluar dari mulut Erni sebentar tadi.

“Iesyah…Iesyah.” Haiza melambaikan tangan di depan muka Aesya apabila soalannya dibiarkan tanpa jawapan oleh Aesya.

“Makanan dah sampai.” Seorang pelayan restoran membawa makanan dan minuman yang dipesan oleh mereka.

“Letak ja di situ.” Haiza membantu pelayan tersebut menyusun makanan di atas meja mereka.
“Terima kasih”,ucap Haiza.

“Jom makan!” Ajak Umairah yang sedang duduk di hadapan Aesya.

“Jom.” Akhirnya Aesya bersuara.Dalam diam ada kerisauan yang terbuku di hati kecilnya.Dia takut kalau GS akan musnah.’Ya-Allah, kau lindungilah persahabatan kami’, doa Aesya dalam hati.


* * *


“Mana Mairah ni?” Haiza sibuk menekan telefonnya untuk menelefon Umairah.

“Entah.Aku telefon pun dia tak angkat,”jawab Aesya yang juga sedang sibuk mendail nombor Umairah.

“Aku ada dapat mesej!” Suara Raini yang sedikit tinggi mengejutkan dua sahabat itu.

“Dari siapa?” Tanya Haiza.

“Umairah.” Mata Raini sibuk membaca mesej yang di hantar oleh Umairah.

“Umairah cakap dia tak dapat ikut kita belanja hari ni sebab mak dia sakit.” Ada sedikit kehampaan dalam nada suara Raini.

“Ok lah..jom kita ke Servey..aku nak beli baju,” ajak Haiza.

Baju yang tersusun elok di belek oleh Haiza.Apabila tiada baju yang berkenan di hatinya, dia terus beralih ke arah susunan baju yang lain pula.Sesekali dia memandang ke arah Raini dan Aesya yang juga sibuk mencari baju di tempat lain.Setelah selesai memilih baju, dia mendekati Raini dan Aesya yang masih belum selesai memilih baju.Mata Haiza melihat sekeliling, pada hari cuti ramai yang mengunjungi pusat membeli-belah itu.Mata Haiza berhenti tepat ke arah dua orang manusia yang tidak berapa jauh dari tempat mereka.Dia kenal dengan dua orang perempuan itu.Salah satu daripada perempuan itu sangat dia kenali.’Mairah! Ya aku yakin itu dia,’ detik hati Haiza.

“Wei! Itu Mairah kan.” Raini turut melihat kelibat Umairah bersama dengan Erni apabila melihat mata Haiza tidak beralih dari melihat ke hadapan.

“Ya..Tapi bukan kah mak dia….

“Dah..Aku rasa tak ada baju yang menarik perhatian aku.Haiza, kau bayar baju kau tu dan kita terus keluar dari tempat ni.”Aesya meimintas percakapan Haiza.matanya masih lagi tidak beralih dari tempat Umairah dan Erni.Mereka mesra sekali.Hatinya terasa sedikit geram dengan sikap Umairah yang telah menipu mereka bertiga.

“Aik! Tadi kau cakap nak cari baju di sana..sebab baju di sana cantik sikit.” Raini mengerutkan dahinya.

“Tak jadi..dah cepat lah.Aku dan Raini tunggu kau di bawah.” Aesya ingin berlalu tetapi dia merasa tangannya seperti di pegang seseorang.Dia memalingkan muka ke belakang.

“Janganlah tinggalkan aku..korang tahu kan aku takut naik escalator.” Haiza menunjukkan muka kasihan.

Raini mula menahan tawanya.Tetapi Aesya masih dengan muka yang serius.Geram lah tu.

“Pergi lah ke kaunter..bayar baju kau tu..kami tunggu kau di sini.” Haiza mengangguk dan terus bergegas ke kaunter bayaran.

Aesya masih lagi melihat kemesraan yang menunjukkan keakraban Umairah dan Erni.Raini yang menyedari keadaan itu mengusap bahu Aesya.

“Iesyah..dah lah tu..mungkin dia salah hantar mesej..janganlah di fikirkan sangat.” Raini juga melihat ke arah Umairah.Sejujurnya hatinya juga berasa sangat sedih dengan apa yang telah Umairah lakukan.Tapi dia hanya mahu bersangka baik sahaja walaupun hakikatnya bukan seperti itu.Hanya dengan itu sahajalah hatinya akan menjadi tenang.

Selepas Haiza membuat pembayaran, Aesya terus berjalan di hadapan Haiza dan Raini tanpa berkata sedikit pun.Haiza dan Raini hanya menjongket bahu.


* * *


“Wei! Janganlah kita berdiam begini..dari dalam kereta lagi kita diam ja..cakaplah sesuatu.” Haiza melaihrkan kegelisahannya.

“Kamu semua sampai hati pergi membeli-belah tanpa pengetahuan aku…sampai hati kamu.” Umairah akhirnya bersuara.

“Bukan kah….

“Maaflah…kami tak sengaja…kami fikir kau tak dapat datang..tu yang kami pergi tanpa kau tu”. Aesya memintas percakapan Raini.

“Yalah tu..kenapa tak telefon aku?” Umairah mula merajuk.Serius memang comel membuatkan Raini dan Haiza mula menahan tawa.

“Alah..janganlah merajuk..tengok dah tak comel dah.” Aesya mula mencubit pipi tembam Umairah.

“Tak nak!” Umairah membuang pandangan ke arah lain.

“Orang tua-tua cakap,kalau kita selalu marah atau merajuk,kita cepat tua tau.” Raini mula mengusik Umairah.Umairah tersenyum.

“Lain kali jangan buat lagi tau.” Akhirnya Umairah mengalah.

“Tahu takut.” Kata-kata Haiza membuatkan Umairah ketawa.

“Oh ya..hari ni kamu balik  guna bas lah ya sebab aku nak temankan mak aku pergi shooping..aku kerja separuh hari ja hari ni.” Umairah bersuara apabila ketawanya mula reda.

“Ok..kami tak ada hal.” Jawab Raini.

“Aku nak masuk dulu..nak ambil baju.” Umairah meloloskan diri ke dalam pejabat Kak Laila.

“Aesya! Kenapa kau tak berterus terang ja?” Haiza mengajukan soalan kepada Aesya.

“Kalau aku cakap macam tu..nanti kita tak bertegur dalam masa yang panjang..kau nak tak?” 

Haiza mula menggeleng.

“Betul juga tu.Nasib baik kau sempat potong percakapan ku tadi.” Raini menyatakan persetujuannya terhadap pernyataan yang di buat oleh Aesya.

Suasana sepi mula menghantui mereka bertiga sebab Umairah telah pulang awal pada hari itu.Tiada lagi mulutnya yang asyik nak bercakap ja tu.Rindu.Itulah perasaan mereka sekarang.Kalau ada Umairah tak lah juga mereka macam sekarang ni.Masing-masing sibuk dengan kerja.Bosan.Sunyi.Bercampur menjadi satu.Bunyi deringan telefon Aesya mengejutkan mereka dari kerja yang di lakukan.Aesya menyambut panggilan tersebut.Riak wajahnya mula berubah.Wajah Aesya yang tiba-tiba pucat itu merisaukan Raini dan Haiza.Aesya menarik nafas untuk mengumpulkan kekuatannya.

“Aesya…Aesya..Kau ok kah?” Haiza mula mendekati Aesya.Begitu juga dengan Raini.

“Haiza kau tolong telefon Qiha, Zara dan Farah.” Permintaan Aesya mengejutkan Haiza.

“Ta..p..i…Kenapa?” Haiza bertanya.

Call ja lah!” Haiza  mengangguk apabila suara Aesya mula sedikit tinggi.

“Aesya cuba kau tenangkan diri..cerita dengan aku..apa sebenarnya yang berlaku.” Raini menenangkan Aesya.

“Mairah…Mairah kemalangan.Sekarang dia koma.Kita mesti pergi ke hospital sekarang.” Ada sedikit air mata di tubir mata Aesya.Raini melepaskan gengaman tangannya pada tangan Aesya.Air mata mula menitis.Haiza yang sedang sibuk mencari nombor telefon kawan-kawannya mula berhenti apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut Aesya.Umairah.Ya-Allah kau selamatkanlah kawan aku.Hanya itu yang mampu di katakan oleh Haiza.Air mata sudah tidak dapat ditahan lagi.

Suasana di hospital sunyi.Hanya kedengaran bunyi air cond sahaja.Mak Umairah masih lagi menahan tangisan di sisi suaminya.Erni juga ada di situ.Suami Puan Masitah mengiringi isterinya ke tempat yang lebih tersembunyi.Mungkin untuk menenangkan hati Puan Masitah.Erni yang duduk tidak jauh dari mereka menjeling.Raini mencebik.Macam lah cantik sangat!

“Macam mana dengan keadaan Mairah? Dia ok?” Izara yang baru datang mula mengajukan bermacam-macam soalan kepada Aesya.

“Dia koma.Masih dalam ICU.” Aesya menjawab lemah.

“Kita mesti tabahkan hati..ini dugaan Allah.” Faqiha yang baru muncul mula bersuara.Farah berjalan di sebeblahnya.

“Far,kau tak ke KK kah?” Izara bertanya.

Farah menggeleng.

“Entahlah..Akak aku belum suruh pergi lagi.” Jawab Farah.

“Semua ni takkan terjadi kalau Iesyah,Haiza dan Raini jaga Umairah baik-baik.” Mereka semua terkejut dengan kata-kata yang keluar dari mulut Izara.

“Zara..Apa yang kau cakap ni?” Farah mula berasa tidak senang hati.

“Ini semua salah korang!” Jari telunjuk Izara menghala ke arah Aesya,Haiza dan Raini.

“Zara! Tak baik kau cakap macam tu..ini semua takdir Allah.Kita tak boleh nak lawan.Ingat! Malang tu tak berbau.” Faqiha mula bersuara.

“Kau jaga sikit mulut kau tu Zara.” Farah mula meninggikan suaranya.

“Kenapa? Kau nak cari pasal dengan aku kah?” Izara dan Farah mula bergaduh.

“Eh! Korang tak malu kah bergaduh di tempat macam ni.Kawan kita ni sedang koma tau.Tolong lah hormat sikit.” Aesya yang dari tadi diam mula bersuara.

Izara dan Farah mula duduk di tempat masing-masing.Muka mereka masih lagi tegang.

“GS konon…haha..pasal hal macam ni pun masih sempat nak gaduh.” Erni mula menyindir.Mereka semua melihat ke arah Erni.

“Oiii cik adik... tak sayang mulut kah cakap macam tu?” Farah mula berdiri.

What you say?” Soalan Farah dibiarkan begitu sahaja.

“Ek eleh speaking lah pulak..dia fikir ini negara orang puteh kah..ni mesti gagal BM masa SPM ni…haha.” Farah tersengih.

“Kau fikir kau tu siapa nak cakap macam tu dengan aku?” Erni mula berdiri.

“Siapa dia ni? Nak menyibuk urusan orang pulak tu.Aih..Raini tahan aku..aku paling pantang betullah orang nak menyibuk urusan GS ni.” Faqiha menahan tangan Farah.

“Dah lah tu.” Faqiha mula bersuara.

“Mana boleh dah..orang macam ni mesti di bagi pelajaran ni.” Farah ingin melangkah menuju ke arah Erni tetapi ditahan oleh Aesya.

“Far..kawal kemarahan kau tu.” Aesya mengusap bahu Farah.

Astgahfirullahalazim…bukan aku ya yang tadi tu…bukan aku..syaitan tu.” Farah mula duduk kembali.

“Untuk pengetahuan kau..aku ni kawan kepada Umairah.Kitorang dah lama berkawan.Lagi lama daripada kamu semua.” Erni mengatur langkah keluar dari tempat menunggu pesakit.

“Aih..ni yang aku tak tahan ni..Farah calm down.” Farah menenangkan hatinya sendiri sambil mengurut dadanya.

“Marilah sekarang kita berdoa..semoga Umairah di selamatkan.” Mereka semua menadah tangan berdoa kepada Allah Yang Esa.

“Far..aku minta maaf pasal tadi tu..Iesyah,Haiza dan Raini juga.Aku terlampau ikut perasaan.” Izara menundukkan wajahnya.

“Tak apalah geng..Bisalah tu.” Farah merangkul bahu Izara.Mereka semua tersenyum lega.Dalam diam masih ada juga kerisauan yang terbuku di hati mereka semua.



* * *


Mereka seakan tidak percaya apa yang mereka dengar sebentar tadi.Takkan lah Puan Masitah tak benarkan mereka untuk masuk ke dalam wad yang telah di tempatkan khas untuk Umairah.Pada mulanya mereka tidak percaya dengan kata-kata Erni tapi bila mereka dengar sendiri dari mulut Puan Masitah,mereka sedikit kecewa.Aesya masih berfikir mengenai pebualannya dengan Kak Laila sebentar tadi.

“Bila Mairah berhenti kerja kak?” Tanya Aesya.

“Kelmarin dia berhenti Iesyah.Akak pun terkejut.Tup..tup dah ada surat berhenti kerja masa akak balik dari lawat Umairah.Nak katakana Mairah yang tulis..mungkin tak..”

“Mungkin mak dia kot.” Duga Aesya.

“Aku tak puas hati betullah.Apa pasal mak Mairah tak benarkan kita masuk.Kita ni kawan dia kot.” Suara Farah yang sedikit kuat menyentak lamunan Aesya.

“Far..cuba kau kawal sikit marah kau tu.Esok kita cuba lah lagi.” Faqiha menghadiahkan senyuman kepada Farah.

“Aku bukan apa tau Qiha..Hati aku ni sakit tau tak.Tapi tak apalah esok kita cuba lagi.” Akhirnya Farah dapat meredakan sedikit rasa tidak puas hatinya.

“Aku hairanlah..kalau ya pun mak Mairah berhentikan Mairah dari kerja..kenapa mak Mairah tak tunggu Mairah sedar.” Aesya mengeluh.

“Mungkin..

“Alahai kesiannya dorang ni..kenapa tak datang ke wad Umai? Ops..salah cakap lah pulak.” Erni menghampiri mereka.

“Dia ni lagi.Tak habis-habis nak cari pasal.” Farah mula berdiri.

“Erni..lebih baik kau jangan kacau kami.Kami yakin dan pasti nanti kami akan di benarkan melwat Mairah.” Izara pula bersuara.

“Yakin…hahaha…stop dreaming lah..sampai bila-bila pun kau takkan dapat masuk wad dia.” Dengan ketawa yang sedikit menjengkelkan, Erni meninggalkan mereka.

“Aku rasa aku dah hilang sabar dah ni.” Belum sempat Farah melangkah kepalanya bahu ditampar.

“Duduk!” Aesya mula menunjukkan muka yang serius.

“Alah janganlah buat muka begitu Iesyah..seram bulu tengkuk aku ni.Takut aku.” Semua mereka senyum mendengar alasan Farah.



* * *


Selama Umairah koma, mereka masih lagi tidak di benarkan untuk melawatnya.Mereka pun tidak tahu apa sebabnya.Sejak dari itu mereka sudah jarang melawat Umairah.Hari ini mereka semua nekad untuk melawat Umairah.Apa nak jadi jadilah.Langkah di atur menuju ke wad di mana Umairah di tempatkan.Apabila pintu dibuka, mereka melihat katil Umairah kosong.Aesya bergegas ke kaunter pertanyaan.

“Cik..Pesakit yang bernama Umairah Batrisya binti Abdul Razak di tempatkan di mana ya?”

“Oh..Dia dah keluar dah kelmarin.” Senyuman Aesya mati secara tiba-tiba.

“Oh.. Terima kasih ya cik.” Aesya melangkah ke arah rakan-rakannya.

“Wad berapa si Umairah?” Raini bertanya.

“Dia dah keluar kelmarin.” Aesya duduk di kerusi yang terdapat di  situ dengan wajah yang hampa.

“Aku terpaksa balik dulu..Abah aku telefon tadi suruh balik.Sampaikan salam aku pada Umairah ya.Assalammualaikum.” Faqiha melangkah pergi.

“Aku cadangkan kita pergi ke rumahnya lah.” Mereka semua mengangguk tanda setuju dengan cadangan Izara.

Rumah dua tingkat milik Umairah dipandang kosong oleh mereka.Masing-masing terdiam seribu bahasa.Sudah banyak kali mereka memberikan salam namun tiada jawapan.Apabila mereka ingin beredar, Puan Masitah memanggil mereka.

“Maaf lah mak cik sibuk tadi.” Puan Masitah membuka pagar rumahnya.

“Pelik pula mak si Mairah ni..hari tu tak nak kita jumpa anaknya..sekarang muka tu macam gembira ja.” Farah berbisik ke telinga Izara.Izara mengangguk setuju.

Masuklah..Umai ada di dalam.” Mereka masuk ke halaman rumah Umairah.Umairah keluar dari pintu rumah dengan muka yang serius dan berkerusi roda.

“Mairah..kenapa kau tak bagi tahu kami yang kau keluar hari ni?” Raini mendekati Umairah.Namun Umairah menjarakkan kedudukannya dari Raini.Raini mengerutkan dahinya.

“Kenapa korang datang sini? Aku ingat korang dah lupa aku dah.Baik korang balik lah.Tak payah lagi datang sini.Jangan cari aku lagi.” Umairah menggerakkan kerusi rodanya.

“Apa yang kau merepek ni Mairah? Mestilah kami datang.Kau kan kawan kami.” Haiza pula bersuara.

“Kawan? Apa maksud kawan bagi orang macam kamu semua ni?! Aku sedang berjuang dengan hidup aku..entah aku boleh hidup ke tak lagi..ada korang semua bagi semangat dekat aku? Ada korang datang jumpa aku?! Kamu tahu kah..pada saat tu aku sangat perlukan sokongan kamu selain dari mak bapak aku! Kawan jenis apa kamu ni! Nampaknya korang semua hanya bersama aku ketika senang bukan ketika susah.Balik lah.Aku tak nak tengok muka kamu semua! Balik!” Umairah mula menengking mereka semua membuatkan mereka tekejut.

“Mairah apa yang kau merepek ni?” Farah mula merasa tidak puas hati.

“Mulai hari ni aku keluar dari GS..aku dah tak nak kawan dengan orang macam kamu lagi!” Aesya memandang muka Umairah yang serius.

“Kau tahu kah….

“Ok..kalau itu yang kau mahu.Kau ingat sini ya Cik Umairah.Kau jangan cari kami lagi.Kau jangan telefon kami lagi.Kau jangan panggil-panggil kami lagi.Kau fikir kami tak boleh hidup tanpa kau kah.Eh! Kau boleh blah la!” Aesya mula naik berang dengan sikap Umairah yang tiba-tiba berubah sehingga memintas percakapan Farah.

“Yalah Mairah.Kau fikir kami tak boleh hidup tanpa kau kah.” Farah juga bersuara.

“Aku tak hairanlah.” Umairah menggerakkan kerusi rodanya masuk ke dalam rumah dan menutup pintu dengan kuat.

“Jom lah kita balik.” Aesya dan Farah mula mengatur langkah keluar dari halaman rumah Umairah.Izara hanya mampu menggeleng lemah dan mengikuti langkah mereka.Haiza dan Raini masih terkedu.Diam seribu bahasa.Tidak percaya.

“Haiza,Raini..jom lah balik.” Akhirnya langkah lemah di atur oleh mereka berdua.

“Umai kau ok kah ni?” Erni mendekati Umairah yang sedang menitiskan air mata.

“Aku ok..Aku cuma tak sangka ja.Sekarang aku dah tahu, kau lah rakan terbaik buat aku.Thanks sebab ada dengan aku waktu susah.” Umairah tersenyum kelat sambil mengelap air matanya.

“Sama-sama.Aku kan kawan kau.Mestilah aku ada di waktu kau susah dan senang.” Erni tersenyum bangga.Akhirnya rancangannya berjaya.Umairah dah berpisah dengan rakan-rakannya yang poyo.Sekarang dia hanya perlu menjaga hubungannya dengan Umairah.Salah langkah pasti dia tidak akan mendapat peluang kedua.


* * *


Mereka semua terdiam.Tidak tahu mahu cakap apa.Masing-masing bermain dengan fikiran masing-masing.Aesya mengurut kepalanya yang sedikit sakit.Raini termenung jauh.Dia masih tidak percaya dengan apa yang berlaku.Beberapa kali dia menampar pipinya untuk menyedarkannya dari mimpi..Namun perkara itu bukan hanya mimpi.Dia mengeluh.Suasana terasa suram tanpa Umairah di sisi mereka.Hari ini sudah masuk seminggu kejadian itu berlaku.Farah seperti memikirkan sesuatu aktiviti yang boleh manghilangkan kedukaan mereka.

“Ha..aku ada cadangan untuk hilangkan kedukaan kita.” Mata Farah bersinar.

“Apa?” Haiza mula mendekati Farah.Begitu juga dengan Aesya,Izara dan Raini.

“Kita buat kek!” Nada Farah yang begitu teruja membeliakkan mata mereka berempat.

Aesya mendekati Farah.Dia meletakkan tapak tangannya di dahi Farah.Sejuk.Kemudian tangannya beralih pula ke leher Farah.Sejuk.Farah yang merasa hairan dengan tingkah laku Aesya menepis tangan kawannya itu.

“Yang kau ni dah kenapa! Buang tabiat kah?!” Aesyah hanya tersenyum.

“Kami cuma nak pastikan yang kau ni sihat.” Haiza mula bersuara.

“Kenpa pulak? Aku sihatlah tak demam,”tingkah Farah.

“Yalah..tiba-tiba ja kau ajak kami buat kek..bukan kau tak suka kah kerja-kerja yang melibatkan dapur ni.” Izara mula menyampuk.

“Ek eleh..itu dulu lah..sekarang ni dah berubah.Aku nak juga merasa buat kek dengan tangan sendiri.Asyik-asyik korang ja yang buat untuk aku.Jom lah.Sekarang ni korang kan di rumah aku.Jangan risau semua barang untuk buat kek telah disediakan.” Farah menereangkan satu persatu.

“Ok.Jom!” Serentak mereka berempat bersorak sambil memegang tangan Farah dan membawanya ke dapur.

Farah sibuk mengeluarkan bahan yang diperlukan untuk membuat kek.Izara dan Raini sibuk memilih barang yang diperlukan untuk membuat cheese cake dan chocolate cake iaitu kek kegemaran GS.Haiza dan Aesya menunggu untuk di suruh.Mereka berdua tidak reti sangat bab-bab kek ni.Tapi kalau bab berseni ni..ha..Aesya lah rajanya.Kalau Haiza adalah sedikit seni yang di tahunya.Projek membuat kek pun bermula.Raini membuat chocolate cake manakala Izara membuat cheese cake.

“Wei! Far..apa yang kau buat ni? Ya-Allah kita bukannya buat cengkodok bawang..kita ni nak buat kek lah sayang oiii.” Izara menepuk dahinya.

“Erk…Maaf..Jadi kita nak buat lagi lah ni?” Farah menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Tu lah kau Far..tengok macam aku ni..tunggu di suruh baru aku bergerak tau.Kita ni kena ikut arahan ketua.” Aesya mula mengusik.

“Yalah..yalah..Jadi nak buat lagi lah ni kan?” Farah menunjukkan muka yang bersalah kepada Izara.Izara mengangguk.Raini dan Haiza hanya menahan tawa melihat gelagat kawannya yang satu itu.

“Far…nah ambik kau.” Haiza melemparkan tepung ke arah Farah.

“Kau Haiza! Sini kau.” Farah mengejar Haiza dengan berbekalkan tepung di tangan.Farah melemparkan tepung ke tempat Haiza dan akhirnya tepung itu terkena Raini.Dan bermula lah adegan lempar tapung di dapur Farah.Pertempuran di antara Haiza,Izara,Farah dan Raini.Aesya mengeluh.Maca budak-budak lah dorang ni.

“Sudah! Sudah! Macam budak…

Kata-kata Aesya terhenti di situ apabila tepung yang dilempar oleh Izara terkena di mukanya.Izara membeliakkan matanya.

“Habislah aku..lari..” Aesya mula mengejar Izara.Raini,Farah dan Izara hanya tertawa melihat adegan itu.Bahagia.Itulah perasaan mereka saat ini.Walaupun rakan yang lain tiada di sisi mereka namun mereka tetap bahagia.Perlahan-lahan perasaan duka mula surut di hati mereka.

“Uh! Penat! Akhirnya siap juga kek kita kan.”  Mereka semua terbaring kepenatan di ruang tamu milik Farah.

“Farah!!!!” Terasa gegendang telinga Farah mahu pecah apabila maknya berteriak memanggil namanya.

“Alamak! Habisalah kita!” Serentak mereka bersuara dan terus cabut lari ke dapur.

“Dapur ni ada orang nak kemaskan kamu kah?” Mak Cik Dina mula memandang muka mereka berlima satu persatu.

“Tak ada mak.” Selamba Farah menjawab.

“Jadi sekarang dipersilakan kemas ya.Sekarang!” Mereka semua terkejut dan bergegas mencapai apa sahaja asalkan tidak kena marah.Mereka menarik nafas lega apabila mak Farah sudah masuk ke dalam.

“Kau nak buat apa dengan penutup periuk tu Zara?” Semua melihat ke arah Izara.

“Penutup periuk?” Izara melihat tangannya.Kemudian dia tergelak.

“Aku tadi nak ambil kain pengelap yang terletak di sebelah tutup periuk ni tapi tersalah ambil lah pulak.Takkan penutup periuk ni yang aku nak buat pengelap.” Terus pecah tawa mereka mendengar penjelasan Izara.

“Ni mesti penangan mak aku ni.Kuat juga ya penangan mak aku tu.” Sekali lagi ketawa mereka berderai.

“Woi! Apa yang di gelakkan tu! Buat kerja!” Suara Mak Cik Dina serta merta mematikan tawa mereka.Terus ligat tangan berkerja.

“Sedap juga ya kek yang kita buat tu.” Farah bersuara.

“Tengok tanganlah.” Izara mula meninggi diri.

“Cuba aku tengok tangan kau ada apa.” Farah mula melawak dengan meneliti tangan Izara.

“Ada yang kena penampar ni.” Farah mula mengelak.

“Gurau bah beb.Tapi tanpa aku kek tu takkan jadi tau.”

“Yalah…yalah.” Akhirnya Izara mengalah.

Aesya tersenyum.Begitu juga dengan Raini dan Haiza.Aesya bersyukur kerana dapat bergembira seperti dulu lagi walaupun ahli GS tidak cukup.Saat ini lah yang mungkin tidak akan dilupakan olehnya.

* * *

Waktu begitu pantas berlalu.Sedar tak sedar dah sebulan mereka tidak bertegur sapa dengan Umairah.Mereka ada juga melihat Umairah yang sedang seronok berjalan dengan Erni namun itu tidak menghalang mereka untuk terus hidup.Walaupun GS adalah sebahagian daripada diri mereka.Tak lama lagi semester kedua bermula.Lepas ni mereka akan berpisah lagi.Sedih.Tapi itulah hakikat yang perlu mereka terima dengan hati yang terbuka.Umairah memandang kosong gambar yang terdapat di meja belajarnya.Tiba-tiba hatinya dilanda rasa sedih.Dia memegang gambar itu kemudian meletakkannya di dalam almari.Tempat gambar itu digantikan dengan gambarnya bersama Erni.Erni yang melihat situasi itu tersenyum bangga.Perasaannya saat itu gembira sangat seperti mendapat sesuatu yang di luar jangkaannya.Dia cepat-cepat meninggalkan bilik itu dan terus ke sofa berpura-pura tidak mengetahui apa-apa apabila Umairah seperti ingin keluar dari bilik itu.

“Umai, are you okay?” Erni berpura-pura tidak mengetahui apa yang berlaku.

“Aku ok.Aku cuma sedih ja.Tak lama lagi kau balikkan.” Umairah tersenyum.

“Sedih? Kau mesti sedih sebab kelmarin kan?” Duga Erni.

“Aku tengok dorang gembira ja apabila kau tak ada di sisi dorang.Tak payahlah kau fikirkan sangat.Aku kan ada.” Erni memegang tangan Umairah.

“Entahlah aku rasa sedih sangat bila tengok dorang macam tu.Aku rasa..aku dah tak bermakna dah.Walaupun aku marahkan dorang tapi perasaan sayang aku makin menebal.Hati aku sakit.Aku minta maaf Erni, aku masih tak boleh terima kau sebagai kawan baik aku.Tapi aku cuba.Aku dah buang semua memori kami bersama.Kau jangan risau ya.” Erni hanya tersenyum kelat.Dia melihat ada air mata yang mengalir di pipi Umairah.Tiba-tiba timbul rasa kesal di hatinya.Namun, serta merta di tepisnya.Dia tak mahu Umairah kembali bersama dengan kawan-kawannya.Dia perlukan Umairah.Dia harus mempertahankan persahabatannya dengan Umairah.Ya.Itu yang perlu dia lakukan.

“Aku minta maaf sebab tak ada masa korang jumpa Umairah hari tu.” Faqiha menunjukkan muka yang sedih dan kesal.

“Tak apa.Kalau boleh tak payahlah korang nak cerita pasal hal tu lagi.Aku dah tak nak ingat semua tu.” Aesya bersuara.

“Aku cuma tak sangka yang dia sanggup buat macam tu.Kita bersusah payah nak jenguk dia..dia buat kita macam ni.” Ada nada kesal dalam suara Faqiha.

“Lebih baik kita berdoa semoga dibuka kan pintu hatinya untuk menerima kita semula.Itu yang terbaik.” Mereka semua mengangguk tanda setuju dengan pendapat Haiza.

“Oh ya..bila kamu berhenti kerja?” Izara bertanya.

“Insya-Allah minggu depan.Lepas tu kami belanja kamu makan ok.Kita makan ABC.” Aesya tersenyum.Raini dan Haiza hanya mengangguk bersama dengan senyuman.

“Eh! Jomlah kita balik.Kepala aku dah pening dah ni.” Izara memegang kepalanya yang terasa pening.

Mereka berjalan beriringan menuju ke stesen bas yang menuju ke tempat asal mereka.


* * *


Umairah mencari-cari kelibat Erni.Dia membuka biliknya.Erni tiada di situ.Apabila sudah bosan mencari,Umairah akhirnya terduduk kepenatan.Tangannya meraba-raba tangannya untuk mengambil telefon bimbitnya.Umairah merasa seperti dia terpegang sebuah buku.Dia menarik buku itu.Tanpa pengetahuan sesiapa, dia membuka buku tersebut.’Diari Erni,’ detik hatinya.Sampai di suatu muka surat,matanya terpaku.Dia bagai tak percaya apa yang dibacanya.Air mata mula menitis.

“Umai,kau rasa….

Baju yang dipegang oleh Erni jatuh di lantai.Mukanya pucat.Umairah memandang muka Erni dengan muka yang serius.Matanya berair.

“Umai…aku..

“Aku silap Erni.Aku silap.Kau tahu Erni,aku tunggu kau sms aku masa kau di KL.Aku tunggu kau.Apabila aku buka facebook kau,banyak gambar kau dengan kawan-kawan baik kau.Hati aku sakit sangat.Sakit sangat.Sampailah dorang datang dalam hidup aku.Hati ku terubat sikit.Sampai hati kau Erni..Aku percaya kau tapi ini balasan kau dengan aku.Kau pisahkan kami.I hate you! Aku tak suka kau! Apa salah aku? Aku harus cari dorang.” Dengan air mata yang membasahi pipi Umairah mencapai kunci keretanya dan terus meluru keluar dari rumah.

“Umai..tunggu! Aku boleh explain.” Erni mengejar Umairah.Apabila dia sampai di pintu,kereta Umairah sudah bergerak meninggalkan perkarangan rumahnya.Erni bergegas mengekori kereta Umairah.

“Aku minta maaf Iesyah,Haiza,Raini,Qiha,Farah dan Izara.Aku minta maaf.Aku salah.Ya-Allah apa yang aku buat ni! Apa yang aku buat ni!” Umairah mula memekik bersama dengan tangisannya.

“Ok Kak Laila…kitorang nak jalan dulu..terima kasih lah sebab sudi terima kami berkerja di sini..kami minta maaf kalau kami banyak salah sepanjang kami berkerja di sini.” Aesya memberikan senyuman yang manis kepada Kak Laila.

“Tak ada hal lah.Nanti kalau ada cuti dan kamu balik sini,kerja lah lagi di sini ya.” Kak Laila memegang tangan Aesya.

“Insya-Allah kak.Kami gerak dulu.Terima kasih gajinya.” Mereka semua menyalami tangan Kak Laila.

“Mairah…” Nama yang keluar dari mulut Haiza mengejutkan mereka semua.Mereka memandang ke arah tubuh kaku yang sedang berdiri di hadapan mereka.

“Kau ni dah kenapa Mairah? Mata mu tu merah sangat.Jangan-jangan dia kena sampuk tak.” Farah mula berundur ke belakang.Umairah masih berdiam sambil menahan tangis.

“Jom lah kita jalan.” Aesya mengajak.

“A..ku..min..min..ta maaf.” Akhirnya Umairah bersuara dan menghentikan langkah mereka.

“Mairah kau ok kah?” Faqiha mendekati Umairah.

“Aku salah Qiha..Aku salah..aku..

“Tak payah lah kau nak bagi alasan.Kau tahu tak Umairah..dah berapa kali kau sakit kan hati kami terutamanya aku,Haiza dan Raini.Kau dah banyak tipu kami.Masa kita nak keluar membeli belah dulu kau cakap kau tak boleh ikut sebab mak kau sakit..kitorang terima.Kitorang nampak kau keluar dengan Erni tapi kami diam.Lepas tu masa hari kau kemalangan kau bagi tahu yang kau nak temankan mak kau pergi shooping dan kau balik awal.Kau nak tahu apa mak kau bagi tahu kami.Mak kau bagi tahu yang mak kau tak pergi mana-mana hari tu.Kau tipu kami lagi.Kami terima.Dah lah keluar hospital tak bagi tahu kami..kau blah macam tu ja..sekali kami datang kau terus marah kami tanpa sebab..kau halau kami..dan sekarang…

“Aku yang buat semua tu Iesyah.” Erni yang tiba-tiba muncul mula bersuara.

“Eh! Dia ni lagi.” Farah mula bersuara.

“Aku yang sms Raini bagi tahu semua tu.Aku bagi tahu yang  mak Umai sakit.Aku tipu Umai dengan bagi tahu yang mak dia minta teman untuk shooping.Aku hasut mak Umai supaya tak benarkan kamu lawat Umai.Aku bagi alasan dengan mak Umai yang Umai akan terganggu dengan kehadiran kamu semua.Mak Umai ikut cakap aku.Lepas ja Umai sedar,aku bagi tahu dia yang korang semua tak pernah lawat dia di hospital.Aku bagi tahu Umai korang cuma ingat kerja ja untuk cari duit.Kamu yang berhentikan dia.Aku ja yang jaga dia siang dan malam tanpa henti.Aku minta maaf.Aku tahu aku keterlaluan.Aku buat semua tu…

“Kau ni memang tak pernah rasa penumbuk kan..aiiii..geram pulak hati aku ni.” Farah mula menggulung lengan bajunya sampai ke siku.

“Far..teruskan Erni..” Faqiha melihat ke arah Erni.

“Aku buat semua tu sebab aku cemburu tengok Umai kawan dengan kamu sedangkan aku..tak ada siapa yang nak kawan.Aku sanggup buat semua tu.Aku tahu Farah aku layak nak terima penumbuk kau.Kau tumbuk lah aku!” Air mata Erni semakin deras.

“Ini yang aku tunggu dari dulu ni.Kejap aku datang dekat kau ya.” Tangan Farah ditahan oleh Raini.

“Kau ni kenapa pulak? Dia dah bagi lampu hijau dah tu.” Raini memandang Farah dengan muka yang serius.

“Ok lah..fine..aku diam.” Akhirnya Farah mengalah.

Aesya ingin melangkah ke tempat lain.

“Iesyah..tolong lah maafkan Mairah.Kalau kau benci aku pun aku tak kisah tapi kau tolonglah jangan benci dia.Dia tak bersalah Iesyah,”rayu Erni.

“Yalah Iesyah..jangan diikutkan sangat ego kau tu.Sedangkan Nabi ampunkan umat apa lagi kita hamba Allah yang penuh dengan dosa ni.” Faqiha bersuara.

“Kami setuju.Semua manusia lakukan kesilapan.Kita tak ada hak nak menghukum Mairah.Tolonglah maaf kan Mairah..Iesyah.” Haiza pula merayu.

“Kau tolonglah ingat GS..kau nak kah GS berakhir..kau nak!” Izara berdiri.

Aesya memandang ke belakang.Dia berjalan mendekati Umairah.

“Ini yang buat aku lemah ni.Aku benci kau Mairah.” Umairah tersenyum dan terus memeluk Aesya.Mereka semua berlari mendapatkan Umairah dan Aesya.Mereka juga saling berpelukan.Ada sedikit tangisan kedengaran.

Kak Laila dan Erni tersenyum.Ada sedikit kelegaan di hati Erni.

“Aku lega.Aku minta maaf sekali lagi ya.Umai,terima kasih sebab sudi jadi kawan aku walaupun tak rapat.Aku dah nak balik.Nanti kita jumpa lagi.” Erni menghulurkan tangan untuk bersalam.

“Aku maafkan kau.Thanks arr..sebab kau sudi jagakan dia.” Aesya menyambut salam yang dihulurkan oleh Erni dengan senyuman.

“Aku pun maafkan kau.” Umairah juga menghadiahkan senyuman ikhlas kepada Erni.
Selepas bersalam dengan semua orang,Erni terus bergerak mendekati keretanya dan memecut kereta BMW miliknya.

Alhamdulilah..semuanya dah selesai.Akhirnya kita bersatu semula.Jom kita pergi pantai lepas tu pergi makan ABC.” Ajakan Faqiha dituruti oleh mereka semua.Selepas meminta izin dengan Kak Laila.Mereka pergi ke pantai yang tidak jauh dari tempat butik Kak Laila.

“Raini, buku memory kita ni dah lama aku simpan.Nah! Aku nak bagi balik.” Haiza menghulurkan buku kepada Raini.

“Rupanya buku ni dengan kau.Lama dah aku cari.” Raini meletakkan bukunya di dalam beg sandangnya.

“Cantik kan kapal tu.” Mereka semua melihat ke arah sebuah kapal yang Umairah tunjuk.

“Iesya…” Raini bersuara.

“Emmm.”

“Kau rasa Mirna akan datang balik dengan kita kah?” Tanya Raini.

“Entahlah Raini.Kalau dia masih ingat dengan kita,masih sayangkan kita.Aku yakin suatu hari nanti dia akan muncul juga.Kita tunggu dan lihat lah.” Hanya itu yang dapat Aesya nyatakan.

“Kalau dia tak balik?” Raini masih tidak berpuas hati.

“Dia dah lupa GS lah tu,” jawab Aesya.

“Siapa kata aku dah lupa GS.” Suara yang datang dari arah belakang membuatkan mereka memandang ke belakang.

“Mirna!” Serentak mereka bersuara dan terus meluru memeluk Mirna.

“Wei! Aku dah lemas ni.Dah lah badan aku ni kecik.” Mereka meregangkan pelukan mereka.

“Eh! Maaf-maaf.Tu lah kau kurang kalsium tapi lebih lemak..hahaha.” Gurau Farah.Sebuah cubitan hinggap di lengan Farah.Farah menggosok tangannya yang terasa pedih.

“Tapi cubitan masih lagi berbisa ya.” Mereka semua ketawa.

“Aku fikir kau dah lupa dengan kami.Nah! Buku memory.Kau ja yang belum lakar sejarah di buku ni.Kami semua sudah.” Raini menyerahkan sebuah buku kepada Mirna.

“Mana boleh aku lupa.Aku rinduuuuu betul ni.” Mirna meletakkan buku yang di beri ke dalam beg sandangnya.

“Alang-alang Mirna ada..jom kita makan ABC ramai-ramai.Haiza,Raini dan Aesya yang belanja.” Izara tersenyum lebar sambil mengangakat keningnya.

“Wow..untungnya aku…baru ja datang dah di sponsor..bertuah betul aku.Jom lah naik kereta aku.” Mirna mengatur langkah ke arah keretanya.

“Ok jom.Separuh ikut Mirna..separuh ikut Mairah ok.” Mereka semua mengangguk.
Kereta dipandu meninggalkan pantai yang indah pada petang itu.Hari ini adalah hari yang paling bahagia dalam hidup mereka.Semua ahli GS sudah berkumpul.Lega.Gembira.Sedih.Semua perasaan bercampur.

‘Persahabatan yang sejati akan membawa keindahan yang abadi…sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan..tanpa persahabatan percintaan akan berakhir..tetapi tanpa percintaan..persahabatan boleh kekal.Ya-Allah aku bersyukur kerana kau kurniakan aku kawan sebaik mereka ini.Aku bersyukur.Kekalkan persahabatan kami ini ya-Allah sehingga ke akhir hayat kami.Amin.’ Umairah berdoa dalam hati dengan senyuman yang mekar sambil mata fokus ke arah pemanduannya.
                                                         



   * * *   TAMAT   * * *